Bismillahirrahmanirrahim
Rahasia & Kelebihan Kayu Kokka
Jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa ASSetiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.Sepertimana kita sedia maklum, Rodium, Paladium, Platinum, Emas dan Perak merupakan bahan logam yang paling berharga dalam industri barangan perhiasan. Menurut urutan, Rodium merupakan logam paling mahal dan sukar didapati. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras serta ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan tongkat Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh danpelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.
KHASIAT TASBIH / GELANG / CINCIN KOKKA
1. Rumah yang didalamnya ada Kayu tersebut : insya Allah aman dari ancaman dan gangguan berbagai jenis makhluk.
2. Jika ada Anak yang sering menangis dan tidak mau tidur : letakkan di bawah bantal atau rendam ke dalam air lalu di minumkan, insya Allah akan cepat tidur.
3. Sakit gigi : rendam ke dalam air hangat, kemudian gunakan untuk berkumur dan di minum, insya Allah sembuh.
4. Sakit kepala, sakit urat atau otot : gosok-gosokkan ke bagian yang sakit, insya Allah lega.
5. Demam, sakit kerongkongan : rendam ke dalam air lalu di minum atau di teteskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
6. Terkena racun; rendam ke dalam air dan di minum, insya Allah sembuh
7. Apabila dibawa pedagang insya Allah akan laris.
8. Apabila dipakai Pejabat / Pemimpin / Atasan akan diturut oleh bawahanya dan punya wibawa.
9. Dapat menghalau hantu Jembalang / jin yang usil, menyembuhkan kesurupan, anak kecil rewel, kena sawan, dll.
10. Bisa untuk menyembuhkan berbagai penyakit, baik medis / non medis, sakit gigi, sakit kepala, amandel, kanker, tumor, penyakit mata, stroke, asam urat, orang kena santet / guna-guna, dll.
11. Insya Allah selamat dari bisa : Sekiranya dipakai pada tubuh, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
12. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
13. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan selamat dan aman.
14. Kaukka di pakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan membahayakan.
15. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya selama berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya mendapat kemenangan.
16. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas apapun insya Allah tidak akan membahayakan pemakainya yang beriman dan beramal saleh.
17. Kepada siapapun yang memilikinya, membawanya saja walaupun satu biji, jaga amalan dan mohonlah kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit dll.
18. Dan masih banyak manfaat / kegunaan lainya sesuai niat, insya Allah Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.
Sesungguhnya Allah SWT jugalah yang Maha Berkuasa atas segalanya, Kayu kokka hanyalah Syareatnya saja dan kita wajib tetap mengharap Izin dan Ridho dari-Nya.Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau sebiji, jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,INSYA ALLAH.
Komentar
Posting Komentar